Penuhi selera minum petang anda dengan kudapan Muruku Reben ini. Senang je nak buat rupanya!

Saya tak berapa rajin beli kudapan. Kalau nak, saya akan buat sikit untuk hidang pada keluarga. Ye lah kat sini, mana nak cari kudapan macam muruku reben ni. Resepinya untuk adunan sedikit je. Jadi dapatlah satu bekas untuk kami sekeluarga. Terima kasih kepada Puan Ida Alina Salleh kerana berkongsi resepi mudah ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung beras.
  • 1 cawan tepung kacang kuda.
  • 1 1/2 sudu teh serbuk cili.
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih.
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih.
  • 1/8 sudu teh serbuk asafoetida. Biasanya ada di kedai runcit India, kategori rempah.
  • 1 sudu besar butter.
  • 1 sudu besar minyak panas.
  • Garam.
  • 1/2 cawan air dicampur dengan kiub ayam (pilihan jika suka).
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Vanilla Crunchy. Boleh jadi kudapan paling sedap raya nanti!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan kesemua bahan serbuk dan garam bersama tepung.
  2. Kemudian, masukkan butter dan minyak panas. Gaulkan ianyan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
  3. Seterusnya, masukkan air dan gaulkan sehingga menjadi adunan yang tak berapa lembut. Ini adalah kerana supaya kita boleh tekan keluar dari acuan nanti.
  4. Akhir sekali, goreng dengan sedikit daun kari. Gunakan api yang sederhana besar dan tekan acuan yang telah disisi dengan adunan apabila minyak dah betul-betul panas. Jangan guna api kecil, nanti dia pecah-pecah jadi serbuk dalam minyak.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.