Nak pastikan Tomyam anda paling sedap? Jom ikuti resepi yang dikongsikan ini! Saya ni dok berkira kira dari pagi nak masak apa pun tak tau, Last-last kita buat tomyam ayam ala thai yang pasti sedap dan jadi. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fatimah Saari. Selamat mencuba.
Bahan-bahan A:
- 3 batang serai dan 1 inci Lengkuas dititik.
- 1 inci Halia dihiris nipis.
- Cili padi 8 hingga 10 biji.
- Akar ketumbar.
- 3 sudu besar Pes Tomyam Thai.
- Dua biji Limau diperah dan ambil jus sahaja.
- 4 cawan air.
- Ayam yang telah dipotong kecil-kecik secukupnya.
Bahan-bahan B:
- Cendawan, Carrot, Bunga kubis, Broccoli, Tomato, Bawang potong dadu, Daun limau purut, Daun ketumbar dan Garam secukupnya. Untuk sayur tu ikut la mana yang anda suka dan ada.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Masak air sampai mendidih kemudian masukkan serai, halia, lengkuas, pes tomyam dan akar ketumbar. Kacau dah gaulkan sehingga sebati.
- Biarkan ianya mereneh selama lebih kurang 2 minit kemudian masukkan ayam dan tutup periuk supaya ayam empuk dalam 6 hingga 8 minit.
- Buka penutup dan masukkan bahan B dan tambah air kalau tak cukup. Masukkan juga air limau dan garam kemudian tunggu sampai sayur lembut sikit baru tutup api. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.