Kuih Popia Simpul ni memang padu. Mudah je nak buat intinya yang sedap tu. Jom cuba!

Habis kerja terus ke dapur setelkan projek popia simpul. Ada yang tanya resepi inti popia ni macam mana nak buat? Jom kat sini saya kongsikan resepi inti popia ni guna ikan bilis dan udang kering. Ada orang guna isi ikan pun boleh, tapi saya lagi suka guna ikan bilis dan udang kering sebab lebih cepat kering semasa proses memasaknya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Linda Shizzo. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 200gram Ikan bilis yang telah dikupas.
  • 100gram Udang kering.
  • 1 paket kecil Serbuk cili.
  • 1 cawan Gula.
  • 1/2 cawan Air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ikan bilis dan udang kering dibasuh dan dikeringkan. Apabila dah kering, blend ikan bilis dan udang kering guna blender kering/tanpa air.
  2. Masukkan gula dan 1 cawan air. Kena pandai sukat air dan gula. Kalau taknak manis, kurangkan gula. Air pula jangan terlebih. Nanti inti lambat mengering.
  3. Apabila gula dah melarut, masukkan serbuk cili dan bahan yang dah diblend tadi. Kacau sehingga jadi kering atau jadi seperti serunding. Saya biarkan inti semalaman untuk jadikan inti tu betul-betul kering dan berderai. Supaya tak basah semasa proses pintal pada kulit popia nanti.
  4. Untuk kulit, potong kulit seperti digambar secara memanjang dan simpankan dalam bekas yang mempunyai tuala basah. Ini kerana, kulit popia akan cepat kering dan koyak jika dibiarkan terkena angin dan susah untuk dipintal nanti.
  5. Selepas tu, bolehlah korang santai-santai start memintal sambil-sambil tengok TV. Kalau dah semua ada kat rumah, bolelah ramai-ramai tolong pintal sekali.
Baca juga :  Kalau dah rasa Telur Rebus Air Asam ni memang tak memandang yang lain dah! Jom cuba.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.