Cara untuk membuat Kuih Buah Rotan / Bijan sebagai kuih raya anda tahun ni.

Kuih buah rotan. Nak membuatnya senang. Bahan pun mudah untuk didapati. Boleh dijadikan sebagai snek ringan anda sekeluarga. Selamat mengunyah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Irhana Canella.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram tepung pulut.
  • 1 Sudu besar tepung beras.
  • 1 cawan santan.
  • 1 cawan air. Jangan tuang semua. Tuang sikit-sikit dulu.
  • 1/2cawan gula.
  • 1 biji telur.
  • Sedikit air kapur makan.
  • Secubit garam.
  • Biji bijan secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masakkan gula dengan sedikit air. Kemudian masukkan sedikit garam dan sedikit air kapur makan dan sejukkan bila semua campuran dah larut.
  2. Campurkan semua bahan-bahan dalam tepung dan uli sampai ianya menjadi doh.
  3. Kemudian, bulatkan doh kecil-kecik dan gaulkanya dengan bijan.
  4. Peringatan, bulatkan saiz paling kecil sebab apabila digoreng doh akn menjadi kembang. Kalau terlalu besar masa menggoreng nnti tak masak sampai ke dalam dan akan menjadi liat.
  5. Goreng dengan api sederhana dan gorengkan sehingga garing dan berwarna keemasan.
  6. Akhir sekali, toskan minyak dah siap.
Baca juga :  Cara membuat Biskut Sarang Semut. Boleh la berlatih buat sempena raya akan datang ni.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.