Spagetti Goreng ni kalau dah siap masak memang sedap sangat. Pastinya kesukaan anak-anak anda.

Resepi Spaghetti Goreng. Menu breakfast untuk anak-anak. Setakat ni saya masak pasti licin. Jadi saya nak berkongsi dengan anda cara untuk membuatnya. Terima kasih kepada Puan Ika Hassan untuk resepi yang mudah dan sedap ini. Selamat mencuba.



Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sebungkus Spaghetti dan direbus.
  • 2 biji bawang merah dihiris.
  • 3 biji bawang putih dihiris.
  • Cili kisar satu senduk besar.
  • Kicap pedas Manis secukupnya.
  • Fish cake & Fish Ball secukupnya.
  • Tomato, kucai dipotong dan dihiris secukupnya.
  • Garam dan gula secukupnya.

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Tumis bawang merah dan putih yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  2. Masukkan fish ball & fish cake dan kacau. Masukkan kicap pedas manis dan gaul dan biarkan seketika, Masukkan kucai & tomato, garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan spaghetti dan kacau sehingga masak.
  4. Siap untuk dihidangkan dan dijamah bersama-sama keluarga tersayang.
Baca juga :  Penangan Drama Squid Game, ini caranya untuk membuat Dalgona Candy. Sedap rupanya candy ni!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.