Cara untuk membuat Sambal Terung Pipit atau terung belanda yang mengamit memori anda sekeluarga.

Pagi ini kami nak kongsikan kepada anda semua cara untuk membuat Sambal Terung Pipit yang mengamit memori anda sekeluarga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh pemiliknya iaitu Puan Zila Norazila. Bagi yang ingin melihat video penuh cara membuatnya boleh ke youtube beliau.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • Terung pipit secukupnya.
  • Lada merah besar 2 biji.
  • Lada hijau besar 2 biji.
  • Cili padi hijau dalam 20 biji.
  • Cili padi Thai merah dalam 6 biji.
  • Bawang besar 2 biji.
  • Bawang Putih 5 ulas.
  • Sedikit belacan jika suka. Saya tak letak.
  • Air asam jawa jika suka. Saya tak letak.
  • Garam secukup rasa.
  • Gula secukup rasa.
  • Ikan bilis secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan kesemua lada. Ikutlah nak kisar kasar atau tumbuk pun boleh.
  2. Panaskan sedikit minyak kemudian goreng ikan bilis sehingga garing. Bila dah siap angkat dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan kisar sehingga kekuningan dan kering. Tambahkan sedikit air bila dah kering.
  4. Masukkan terung pipit bersama garam, gula dan jika suka bahan perasa boleh letak bersama.
  5. Apabila dah sebati semua dan agak masak boleh angkat dan dihidangkan bersama nasi panas. Jangan lupa untuk taburkan bilis goreng diatasnya ya.
Baca juga :  Cara dan Resepi untuk membuat Rendang Tok. Menu yang terbaik dimakan bersama ketupat dan lemang.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.