Cara untuk membuat Sambal Kentang Ikan Bilis. Menu yang boleh dimakan begitu sahaja! Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah kerana berkongsi resepi hebat ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ikan bilis 5 sudu besar ( cuci dan toskan ).
- Ubi kentang 4-5 biji ( dipotong tipis ).
- Bawang putih 2 ulas ( dikatok ).
- Bawang besar 1 biji ( dipotong bulat ).
- Gula dan Garam secukupnya.
Bahan-bahan cili kisar:
- 10 batang cili kering.
- 2 biji bawang besar.
- 2 ulas bawang putih.
Cara-cara untuk memasak:
- Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian, masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
- Perlahankan API. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak @ sambal masak dengan sempurna.
- Kemudian masukkan serbuk perasa @ gula dan Gaulkan hingga anda berpuas hati dengan rasanya.
- Masukkan ubi kentang, ikan bilis dan bawang yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.
- Angkat dan siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.