Mesti ramai penggemar kuih ni dalam page ni kan? Kalau ada ni makan sambil tengok tv memang tak sedar licin sebalang. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri dengan resepi yang kami kongsikan. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 200 gram Ikan bilis yang telah dikupas.
- 100 gram Udang kering.
- 1 paket kecil Serbuk cili.
- 1 cawan gula.
- 1/2 cawan air.
Cara-cara untuk menyediakannya:
- Ikan bilis dan udang kering dibasuh dan dikeringkan.
- Apabila dah kering, kisar ikan bilis dan udang kering guna blender kering tanpa air.
- Masukkan gula dan 1 cawan air. Kena pandai sukat air dan gula. Kalau tak nak manis, kurangkan gul dan air pula jangan terlebih. Nanti inti lambat mengering.
- Apabila gula dah larut, masukkan serbuk cili dan bahan yang telah dikisar tadi.
- Kacau sehingga kering atau jadi seperti serunding. Saya biarkan inti semalaman untuk jadikan inti tersebut betul-betul kering dan berderai supaya tak basah semasa proses pintal pada kulit popia nanti.
- Untuk kulit, potong kulit secara memanjang dan simpankan dalam bekas yang mempunyai tuala basah. Ini kerana, kulit popia aakan cepat kering dan koyak jika dibiarkan terkena angin dan susah untuk dipintal.
- Selepas itu, bolehlah anda santai-santai mula memintal sambil tunggu waktu berbuka puasa. Kalau dah semua ada di rumah, bolehlah ramai-ramai tolong memintal sekali. Selamat mencuba dan selamat berpuasa.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Linda Shizzo melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.