Cara untuk membuat Kek Pavlova paling mudah dan cepat. Sesuai untuk suasana minum petang yang santai.

Cara untuk membuat Kek Pavlova paling mudah dan cepat. Sesuai untuk suasana minum petang yang santai. Ni adalah Pavlova pertama saya buat dan Resepi ni memang senang je nak membuatnya semudah ABC.

Terima kasih kepada Puan Nurul Ashikin yang berkongsi resepi ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji putih telur.
  • 1 cawan gula castor.
  • 1 sudu makan tepung jagung.
  • 1 sudu teh cuka.
  • 1 sudu teh esen Vanila.

Bahan-bahan cream:

  • 1 cawan whipped Cream .
  • 1/2 cawan gula ising .
  • Buah buahan yang rasa masam seperti Strawberry, anggur dan kiwi.

Cara-cara membuatnya:

  1. Pastikan mangkuk dan pemutar kering dan tidak berminyak. Pastikan juga ianya bersih supaya pavlova anda menjadi cantik.
  2. Pukul putih telur sehingga berbuih kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga menjadi kental dan bertanduk. Nak test dah ok atau tak terbalikkan atas kepala dan pastikan ianya tak jatuh.
  3. Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka, kaup balik adunan menggunakan spatula bukan senduk kari ya. Sambil tu panaskan oven pada suhu 150 darjah selama 15 minit.
  4. Bakar pada suhu 140 darjah selama 1 jam atau 1 jam 15 minit. Selepas masak biarkan pavlova di dalam oven yang terbuka sedikit sehingga sejuk.
  5. Pukul whipped cream and ising sugar sehingga kembang. Layerkan dengan whipped cream dan hiaskan pavlova anda dengan kreativiti masing-masing.
Baca juga :  Resepi Kek Chiffon Pandan Kelapa

Senangkan? Selamat Mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.