Tengok gambar pun dan nampak sedapnya Kek Marble Jelita ni. Sangat gebu dan memang kena sebagai menu untuk minum petang. Terima kasih kepada Puan Fatimah Saari kerana berkongsi cara untuk membuatnya. Cubalah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 cawan tepung self raising lebih kurang 230 gram.
- 1 cawan gula lebih kurang 100 gram.
- 5 biji telur gred A. Wajib telur baru. Jika guna gred B perlu 6 biji ya.
- 1 sudu kecil esen vanila.
- 1 sudu besar ovellet lebih kurang 40 gram.
- 3/4 cawan minyak jagung lebih kurang 100 gram. Boleh gantikan dengan butter mahal jika suka. Tapi cairkan dulu butternya. Guna kaedah kaup balik.
- Loyang bersaiz 8 x 8 x 3 akan dapat berat 1 kg lebih.
Cara-cara untuk membuat Kek Marble Jelita:
- Campurkan dan mixerkan semua bahan diatas sampai gebu lebih kurang 7 – 10 minit kecuali butter.
- Bila adunan dah jadi gebu, baru masukkan butter cair tu dan kaup balik je. Buat la corak kesukaan masing-masing bila dah masukkan dalam loyang nanti. Bagi yang berseni memang ini tempat untuk anda salurkan bakat anda tu.
- Bakar pada suhu 140 darjah selama 10 minit menggunakan api atas dan bawah. Selepas 10 minit, naikkan suhu kepada 150 darjah api dan atas bawah juga dan bakar selama 50 minit lagi. Tengok pada kesesuaian oven.
- Bila dah siap bolehla dihidangan untuk dinikmati bersama keluarga.
Selamat mencuba.