Resepi ni olah sendiri je tengok dalam google ada yang letak esen vanilla dengan serbuk koko. 4 bahan ni pun dah sedap sangat dah! Memang terasa macam makan coklat daim tu! Dah la feveret fairuz dan anak-anak. Jom tengok macamana cara buat! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Biskut meri secukupnya.
- Serbuk Milo setengah paket saiz medium. Kalau nak buat banyak lebihkan butter dengan susu.
- Susu pekat manis setengah tin.
- Butter 1 buku.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Cairkan butter dalam kuali. Lepas dah cair, masukkan susu pekat dan gaulkan hingga sebati.
- Masukkan milo dan kacaukan sampai likat dengan api perlahan. Tutup gas, biarkan sekejap.
- Patah-patahkan biskut meri dalam bekas. Susun la ikut cara korang sendiri. Kemudian, tuang bahan yang dimasak tadi ke atas biskut. Ratakan sambil tekan-tekan biskut tu bagi mampat.
- Biar keras sekejap ataupun masukkan ke dalam peti sampai kek batik mengeras.
- Bila dah keras nak potong boleh, nak ngap pakai sudu pun boleh.
Selamat menjamu selera.