Cara untuk membuat Ikan Bilis Goreng sambal sira yang sedap. Resepi orang-orang lama!

Resipi ni dah berkurun lama. Belajar dari rakan sepejabat masa saya bekerja (1990). Kiranya lebih 30 tahun usia resipi ini bersama saya.

“Ikan bilis lekat-lekat” anak gelar kerana ikan bilis ni akan melekat-lekat bila dah siap masak. Sedap dimakan dengan nasi atau roti. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismail. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan bilis dua genggam dan di goreng garing.
  • Bawang putih 2 ulas.Di cuci, ketuk sekali dengan kulit dia.
  • Cili kisar 1 sudu besar.
  • Gula putih 1 sudu besar.
  • Sos cili kimball 8 hingga 10 sudu besar.
Baca juga :  Resepi Untuk membuat Sup Soto Ayam bersama Begedil dan sambal kicap yang padu beb!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bawang putih sehinga naik bau wangi.
  2. Bila dah bau wangi, masukkan pula cili kisar dan gula. Kacau sebentar.
  3. Masukkan sos cili kimball. Kacau dan kacau sampai mendidih.
  4. Tutup api. Masukkan ikan bilis. Kacau serata dan angkat. JANGAN MASUKKAN GARAM kerana ikan bilis dah masin.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.