Cara untuk membuat Cendol dan Resepi Cendol Sedap

Cendol memang sedap dibuat untuk minum ketika waktu panas ataupun ketika berbuka puasa. Jadi kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat cendol dan resepi cendol sedap untuk anda cuba sendiri di rumah. Selamat mencuba ya.

Sumber gambar adalah dari hasil carian di Google

Cara-cara buat cendol. Bahan-bahannya adalah:

  • 5 Sudu makan tepung beras.
  • 1 sudu makan tepung gandum.
  • 1 sudu makan tepung pulut.
  • 10 helai daun pandan dikisar dan di ambil airnya sahaja.
Sumber gambar adalah dari hasil carian di Facebook

Cara-caranya membuat cendol:

  1. Campur semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.
  2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.
  3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.
  4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.
  5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.
    Dah siap bagi bahagian cendol.
Baca juga :  Nama menu ni Roti Heaven. Kesedapannya tengok gambar pun dah boleh tahu. Apa lagi jom la cuba!

Bagi membuat Air Cendol yang sedap, sediakan bahan-bahan dibawah ya:

  • 1 Kotak Santan Segera / santan pekat. Kalau guna santan cair, buat 2 kotak.
  • 1 Cawan Air Masak.
  • Gula Merah secukup rasa.
  • 1 sudu kecil garam

Cara-Cara untuk membuat Air Cendol yang sedap, ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.
  2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda. (Kalau tak nak manis kurangkan gula)
  3. Bila dan mendidih tutup api.
  4. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.
  5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk.
Baca juga :  Resepi Puding Cendol Gula Melaka. Makan sejuk-sejuk memang terbaik ah!

Selamat mencuba ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.