Cara untuk membuat Biskut Vanilla Crunchy. Boleh jadi kudapan paling sedap raya nanti!

Cara untuk membuat Biskut Vanilla Crunchy. Boleh jadi kudapan paling sedap raya nanti! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sarina Sanek. Selamat mencuba.

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

  • 250gm butter.
  • 100gm gula perang.
  • 100 gm gula castor (saya letak 70gm sahaja).

Gaul sebati semua bahan di atas dengan guna senduk kayu je.

  • Kuning telur sebiji,
  • Esen vanila / butter oil.

Kacau sebati dengan bahan di atas.

  • 350gm tepung gandum.
  • 1/2 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.

Masukkan dalam adunan yang dah di campur dengan kuning telur dan esen vanilla.

  • 250gm choc chip (guna yang import lagi sedap).
Baca juga :  Cara untuk membuat Horlicks Famous Amos Cookies. Biskut Raya yang sedap dan mudah disediakan.

Gaul sebati dalam adunan. Ikut resepi asal letak dalam peti ais dulu. Tapi saya malas hehe. Lepas tu cubit letak dalam dulang. Saya guna pengorek buah macam dalam gambar. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160 ataupun ikut oven memasing. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.