Air Sirap Fanta Hijau Homemade ni pasti akan menjadi minuman kegemaran anda sekeluarga!


Air sirap rose selalu sangat dan minum. Sekali-sekala kita cuba buat air nih. Tersenyum jiran kita minum air nih. Silap-silap minum bergelas gelas. Kalau ade yang buat banyak. Kita packingkan untuk beri kepada jiran pun boleh.

Air nih juga bole buat masa Bulan Puasa mendatang ni. Simpan siap-siap resepi ya. Teringat dulu masa umur 10 tahun mak buat air nih masa bulan puasa. Bau 1 rumah Pati/SIRAP air nih. Selamat mencuba. Terima kasih Puan Nur Ateekah untuk resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Pati adalah:

  • 330 ml Pati Oren Sunquick.
  • 3 kilo gula.
  • ½ botol pewarna hijau apple @ pandan paste.
  • ½ botol perasa pisang.
  • 1 helai daun pandan disimpul.
  • 2 liter air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Air Sunquick Oren yang sangat sedap ala-ala Vitagen. Penyegar badan anda selepas seharian berpuasa!

p/s: Pati Sirap Fanta Hijau nih bole dapat sehingga 4 LITER air nanti.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan periuk yang sesuai. Masukkan Air putih Dan daun pandan. Kemudian masukkan gula 3 kg. Buka api perlahan dan gaul sehingga gula hancur.
  2. Kemudian masukkan 330 ml oren sunquick di ikuti dengan ½ botol perasa pisang.
  3. Masukkan ½ botol pewarna hijau apple/pandan paste dan gaul sebati sehingga gula larut lagi.
  4. Tutup api dan boleh diminum bersama keluar. Jangan lupa letak ais batu ya. Kalau manis boleh sesuaikan jumlah gula yang digunakan.

Selamat mencuba.

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.