Cara Membuat Air yang sangat popular di bulan puasa iaitu Air Katira.


Semalam ramai yang tanya macam mana buat Air Katira ni. So makiti share kat sini jela ek macam mana nak buat Air Katira PKP. Jimat dan ekpress.

Bahan-bahan simple je, yela nama pun ekpres kan. Walaupun ala ala je tapi serius sedap macam Air Katira asli.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion).
  • Susu pekat manis.
  • Biji selasih (rendam dulu).
  • Cincau (potong ikut suka).
  • Sirap Ros/pewarna merah.

Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti? Iye tebu, takde rasa tebu pun sebenarnya. Rasa macam air Katira. Sukatan ikut sedap mata memandang sedap lagi tekak menelannya.

Baca juga :  Resepi Puff Sardin untuk minum petang anda. Resepi paling simple dan senang dibuat!

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
  2. Masukkan air kosong.
  3. Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
  4. Masukkan ais.

Mata makiti tak kenan tengok warna dari perasa tebu tu je, sebab tu tambah sirap sikit. Kalau hampa takmau letak pun takdak masalah, tak lari pun rasa dia kecuali la letak asam jawa.

Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga. Dah buat nanti tag makiti ok.

Baca juga :  Pencuci Mulut Jeli Kelapa ni mudah je nak buat. Makan sejuk-sejuk pasti nyaman!

EDIT : Tak semua tempat senang cari katira, kembang semangkuk dan bahan lain dalam katira asli tambah-tambah tengah pkp ni. Dan tak semua orang rajin nak blend kurma dan daun pandan masa puasa ni. Sekali lagi diingatkan bahan yang ni versi ekspress, bukan niat nak lawan katira asli sekadar buat pelepas dahaga berpuasa. Maaf kalau ada tersalah dalam berkongsi resepi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hajar Mat Rasit.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.