Cara memasak Lauk Sambal Sardin yang sangat sedap dengan menggunakan serbuk cili. Menurut pemilik resepi ini iaitu Zurina Zulkefli;
Pertama kali cuba masak guna serbuk tu waktu banjir tu la, hasilnya memang sedap sangat, makan pula beramai-ramai. Harini saya nk cuba masak guna serbuk cili sebab teringat-reingat rasa dia dikala harini dengar perkhabaran beberapa daerah di Pahang mula dinaiki banjir. Doa saya semoga semuanya selamat dan banjir tidak berlarutan.
Bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasak seperti dibawah:
1. Bahan paling mudah disediakan dan cepat. Ikan Sardin 1 tin, 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, beberapa tangkai cili api dan paling penting serbuk cili babas.
2. Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cili hijau tu biarkan je, saya campak akhir sekali ke dalam masakan.
3. Bancuh serbuk cili dengan air. Pastikan betul-betul sebati ya.
4. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang. Ni kalau ada hirisan halia ni lagi wangi ni.
5. Masukkan bancuhan serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
6. Dah pecah minyak, boleh masukkan ikan dari dalam tin. Masukkan sedikit air untuk lembap dan 1 asam keping. Biar masak lama sikit untuk hilang hanyir ikan. Akhir sekali perasakan dengan garam. Saya campak cili hijau utk rasa picit-picit masa makan dengan nasi nanti.
7. Siap, dihidangkan bersama telur dadar dan ulam pucuk bayam brazil. Selamat mencuba.