Selamat petang semua. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kek Jelita yang gebu, comel dan pastinya sedap untuk anda cuba. Menurut pemilik asal resepi ini iaitu Puan Salmiah Baharom, kek yang beliau buat akan dijual. Kek ni juga sesuai sebagai hantaran, birthday dan gift. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 6 biji telur ayam.
- 220gm tepung kek.
- 150gm gula.
- 30gm susu tepung.
- 1/4 cwn susu segar/full cream.
- 1 sudu besar ovalet.
- Esen vanila.
- 170gm butter cair.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk kecuali butter cair. Mixkan sampai menjadi gebu.
- Kemudian baru masukkan butter cair. Masukkan apa-apa emulco yang anda sukai seperti orange, strawberry, pandan, cappucino, red velvet, oreo, chocolate dan lain-lain lagi.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar mengikut suhu oven masing-masing.
Selamat mencuba.