Cara dan Resepi Untuk Membuat Cream Puff Custard

Resepi cream puff. Sama sebiji macam resepi masa join baking class 2013 lama dulu. Tapi dah ada orang share awal lagi diblog.

Resepi ni menghasilkan lebih kurang dalam 15 biji puff sederhana saiznya. Selamat mencuba.

Bahan A:

  • 100ml air.
  • 45 gram butter (Buttercup/ Marjerin).

Bahan B:

  • 60 gram tepung gandum.
  • 100 gram telur (2 biji telur) – kalau lebih, buang telur putih.

Macamana nak buat? Ini caranya:

  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair dan menggelegak. Guna buttercup sahaja. Jika guna pure butter, adunan akan cair sedikit.
  2. Tutup api. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati hingga tiada ketulan tepung.
  3. Pasang semula api perlahan dan gaul-gaul adunan tepung sehingga terbentuk kerak nipis di dasar periuk.
  4. Sejukkan adunan doh. Agak-agak suam masukkan telur. Lagi mudah nak sebati kalau guna mixer.
  5. Adunan akan jatuh cepuk-cepuk bukan meleleh ye.
  6. Masukkan dalam piping dengan nozzle yang sesuai.
  7. Panaskan oven pada suhu 200 darjah. Untuk 15 minit pertama bakar pada suhu 200 darjah. Kemudian turunkan suhu ke 180 darjah dan bakar selama 20 minit.
Baca juga :  Resepi Kek Kukus 4 Bahan yang gebu dan sedap

** Ada yang share renjiskan sikit air atas adunan sebelum dibakar.

Cara membuat Cream custard

Resepi asal oleh: Blog 1001resepi dan diolah oleh: Jalilah Jamaludin (saya laa tu)

Bahan-bahan:

  • 1⅓ cawan susu whole milk (1 cawan kalau nak custard pekat sikit).
  • ⅛ cup gula (tambah ikut sedap masing-masing).
  • ⅛ cup tepung custard.
  • 2 sudu makan tepung jagung.
  • 1 sudu makan tepung gandum.
  • Sedikit esen vanilla.
  • 30 gram butter.

Macamana nak buat? Ini caranya:

  1. Bancuh tepung dan leburkan semua dalam pan KECUALI butter dan vanilla. Masak dengan api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk elak cream berketul.
  2. Apabila cream sudah pekat tutup api. Masukkan butter dan vanilla, kacau sebati. Biarkan sejuk baru pipekan ke puff.
  3. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Roti Canai. Gebu, lembut dan pasti anda puas hati!

Resepi ini telah dikongiskan oleh Puan Jalilah Jamaludin. Terima kasih ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.