Kuih Lapis Thailand atau nama kat sana Khanom Chan Rainbow. Resepi dari Instagram cheta_78 / Zaimah Zakaria. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 150 gm tepung ubi.
- 40 gm tepung beras.
- 400 gm santan pekat.
- 200 gm air.
- 180 gm gula.
- Secubit garam.
- 2 atau 3 helai daun pandan.
Cara untuk membuatnya:
- Panaskan santan pekat, air, gula dan daun pandan. Jangan sampai mendidih, cukup sekadar untuk hancurkan gula kemudian barulah disejukkan.
- Apabila dan suam-suam sikit, masukkan tepung ubi, tepung beras dan garam kemudian kacau hingga sebati. Kalau masih berketul tapis.
- Bahagikan kepada beberapa bekas untuk letak warna. Kalau guna loyang lapik loyang dengan plastik, kalau guna Pyrex hanya sapu minyak sahaja untuk mengelakkan ianya melekat.
- Kukus selapis-selapis untuk setiap warna dengan menggunakan api yang sederhana. Lapisan terakhir kukus selama 15 minit.
- Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru dipotong. Untuk medapatkan potongan yang licin dan cantik, letakkan plastik kat pisau sebelum memotong. Siap!
Selamat Mencuba.