Cara untuk membuat Cupcakes Coklat Oreo hanya dengan 3 bahan sahaja!

Resepi ni korang nak buat sebagai kek biasa @ letak dalam cup cakes ke terpulang! Giler senang! Topping atas cupcakes tu korang boleh guna coklat masak dengna double boilkan dia letak susu cair dengan sedikit mentega. Masak sampai likat. Hiasan ikut kreativiti korang! Nak makan gitu je pun sedap dah!Jom tengok cara-cara nak buat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Biskut Oreo 3 bungkus.
  • Baking powder setengah sudu kecil.
  • Susu full cream 200ml 2 kotak.
Baca juga :  Cara Membuat kuih Semperit Susu Rangup yang Mudah

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan hingga sebati oreo dengan susu. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam cupcakes @ bekas loyang.
  2. Bakar pada suhu 200 darjah selama 20 minit. Nak kukus pun ok. Biar selama setengah jam atau sehingga masak.
  3. Siap dan dah boleh dimakan. Mudah sangat kan?

Saya letak dalam cupcakes sebab nak mudahkan anak-anak makan. Tak payah nak mencedok, memotong kek bagai. Feel ala-ala beli dekat kedai gitu. PKP kan kedai tak bukak. Mak-mak ni kena lah ligat fikir cari cara bagi anak-anak pun rasa seronok memerap dalam rumah! Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ketam Masak Blackpepper. Pedas-pedas manis yang sangat sedap!
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.