Cara untuk membuat Agar-agar susu kotak. Mudah dan enak serta penyejuk tekak yang sangat padu!

Cara untuk membuat Agar-agar susu kotak. Mudah dan enak serta penyejuk tekak yang sangat padu! Terima kasih kepada Puan Ain’nie Rahman kerana berkongsi resepi mudah ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 liter air kotak perasa coklat / strawbery mengikut jenis kesukaan anda.
  • Gula 3 sudu.
  • 1 pek agar-agar serbuk. Ambil yang warna clear. Kalau tak ada yang warna pun boleh guna.

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan dan didihkan. Bila dah mendidih kacau supaya semua bahan sebati.
  2. Lepas tu gunting kotak susu tu comel-comel sikit. Biarkan ianya sejuk pada suhu bilik seketika baru masukkan kedalam peti sejuk bahagian bawah bukan kat beku.
  3. Kalau boleh 1 malam baru elok beku. Kalau 1 jam 2 jam tak sempat beku sebab ni kotak besar.
Baca juga :  Tak tahu nak mengunyah apa? Jom kita cuba Terung Goreng berinti Tuna ini. Padu!

Makan sejuk-sejuk sedap. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.