Cara lengkap dan mudah untuk membuat Kuih Seri Muka Pandan. Pasti puas hati!

Assalamualaikum sahabat. Buka apa petang ni. Saya buat kuih permintaan cucu. Memang suka sangat kuih ni. Asal dari tepung pulut atau pulut memang dia suka. Dah lama tak buat. Dulu selalu gak buat untuk tempahan. Agak-agak ramai ke yang suka kuih ni.

Kita buat letak dalam bekas ni sebab senang cucu nak bawak balik. Meh kita kongsi resepi dan cara saya buat Kuih Seri Muka pandan. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Badariah Abd Rahman. Terima kasih.

Untuk lapisan bawah:

  • 2 cawan beras pulut direndam dalam 1 jam.
  • Santan cair perahan kedua. Saya guna kelapa parut dalam resepi ni.
  • Sedikit garam.
  • 1 sudu makan minyak.
  • Daun pandan secukupnya.

Gaul semua bahan di atas dan kukus sehingga masak. Tekan-tekan dalam loyang atau acuan kecil/bekas plastik yang tahan panas.

Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen yang akan memudahkan anda menyediakanya kelak.

Untuk lapisan atas:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 4 cawan santan sederhana pekat. Guna sebiji kelapa parut ditambah bersama 1 cawan pati pandan.
  • 1 1/2 cawan gula.
  • 2 sudu makan tepung ubi.
  • 3 sudu makan tepung jagung.
  • 2 biji telur.
  • Sedikit pewarna hijau dan kuning telur.

Cara untuk membuatnya mudah sahaja:

  1. Campurkan kesemuanya dan tapiskan.
  2. Kemudian, wapkan sekejap dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Tuangkan adunan tadi ke atas pulut. Kukuskan selama lebih kurang 30 minit acuan kecil dan 45 minit bagi loyang.
  4. Bila dah siap kukus, buka penutup sekjap baru tutup api. Saya tak balut penutup pengukus tapi setiap 10 minit saya akan lap penutup pengukus supaya wap air tak masuk kedalam adunan. Tunggu sejuk baru potong atau sapu minyak pada pisau.

Selamat mencuba.

Baca juga :  Kuih Seri Muka Gula Merah ni memang ramai yang suka. Juadah sampingan minum petang memang terbaik!

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.