Cara untuk membuat Udang Masak Cili Singapore. Resepi popular dari Singapura!


Salah satu masakan yang digemari oleh keluarga saya di Singapore dan salah satu makanan yang selalu di jual di restoran masakan Cina atau Melayu di Singapore.

Rasa masakan ini tidaklah pedas. Ianya mengeluarkan rasa udang dan hanya sedikit pedas masam manis. Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah untuk resepi padu ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 16 ekor udang bersaiz sederhana atau 1 kilogram.
  • 7 biji Cili merah hidup.
  • 5 ulas Bawang putih.
  • 5 biji Bawang merah.
  • 2 cm Halia.
  • 1 sudu besar Soy bean paste.
  • 1/4 cawan Sos tomato.
  • 1 biji Telur dipukul.
  • 1 1/2 cawan Air putih.
  • 1 sudu besar Tepung jagung Dibancuh dengan 1 sudu besar air.
  • 2 sudu besar Gula putih.
  • 1 sudu kecil Garam.
  • 1 sudu kecil Serbuk perasa Knorr.
  • 1 sudu kecil Serbuk cili.
  • 4 sudu besar Minyak masak.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk Membuat Cucur Udang yang Rangup bersama Sos Pencicah Istimewa

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar kasar atau tumbuk cili hidup, halia, bawang putih dan bawang merah. Sediakan mangkuk sederhana besar dan campurkan air putih, Sis tomato, soy bean paste, garam, gula, serbuk perasa Knorr dan serbuk cili dalam mangkuk tadi.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar atau ditumbuk tadi. Masakkan sehingga sedikit kering dan cilinya masak sempurna.
  3. Masukkan bancuhan Sos tadi ke dalam kuali dan masakkan sehingga sedikit pekat. Seterusnya masukkan udang dan masak sehingga separuh masak. JANGAN tambahkan air KERANA AIR UDANG MENGELUARKAN AIRNYA SENDIRI.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung sehingga menjadi sedikit pekat. Akhir sekali tutup api dan masukkan telur. Gaul rata dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.