Jom belajar cara-cara untuk membuat Fish Cake secara homemade. Asyik beli je kan. Apa kata kali ni kita buat sendiri. Mudah je rupanya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- 500 gram isi ikan tenggiri segar.
- 3 sudu kecil tepung jagung.
- 1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap dikisar nanti, cuba rasa jangan masin sangat ya sebab nanti bila waktu sejuk lagi terasa kemasinannya).
- Sedikit ajinomoto.
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah.
- 1 cup air sejuk (dari air batu).
Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air ye sebab dalam fillet sudah ada kandungan air. Jadi boleh abaikan sukatan air.
Cara untuk menyediakan Fish Cake Homemade anda adalah seperti langkah-langkah dibawah ini.
- Ambil isi ikan tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar halus menggunakan food processor atau tumbuk.
- Kemudian masukkan sedikit air berais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan ajinomoto. Ajinomoto adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.
- Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.
- Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna bekas lain yang tahan panas.
- Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang nanti.
- Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.
- Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.
- Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil menyamai bentuk fish cake yang dijual di kedai.
- Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.