Minuman penghilang dahaga yang sedap. Cha Bang Ang yang sangat padu!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat minuman penghilang dahaga yang sedap ala-ala Cha Bang Ang. Cubalah!

Macam biasa la bila ramai-ramai dekat rumah ni, baik beli barang-barang dan buat sendiri. Modal baru RM15 boleh makan untuk 10 orang, siap boleh bertambah-tambah lagi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Maya Miera. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan susu kotak full cream.
  • 1 tin susu cair.
  • 1 tin susu pekat.
  • 1/2 peket biji selasih.
  • 1 tiub cincau.
  • 2 sudu besar air gula merah.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • Secubit garam.
  • Ais kiub secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Chocolate Bubble Rice dengan 3 bahan sahaja. Mudah dan pasti laku keras nanti!

Cara-caranya:

  1. Masak susu cair, susu pekat, esen vanilla dan secubit garam. Masak sekejap je bagi suam-suam dan sebati.
  2. Potong cincau dan Rendam selasih sehingga kembang sedikit. 1/2 peket biji selasih rendam dengan air biasa,dah kembang tapis dan basuh sikit.
  3. Kemudian, campur semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk besar dan kacau. Siap dan boleh dihidangkan.

Cedok masuk ke dalam mangkuk kecil. Sedappppp rugi tak cuba!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.