Resepi Sotong Sumbat Masak Merah yang sangat menyelerakan dan sedap tak terkata.

Nak share menu saya hari nie SOTONG SUMBAT MASAK MERAH sedap tak terkata. Mana yang nak mencuba silakan. Moga bermanfaat untuk semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Uya Masbah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. Sotong 4 ekor atau mengikut kehendak anda. Cabut kepala bersihkan bahagian dalam takut banyak pasir.
  2. Bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia. Kisarkan semua bahan-bahan nie ikut banyak mana korang nak masak.
  3. 4 biji telur, 1 biji lada besar merah & hijau (hiris sederhana), 1 batang daun bawang, 1 biji tomato, ½ biji bawang besar (potong dadu) dan 1 ketul kiub ayam.
  4. 5 sudu besar cili kering blender atau cili boh.
  5. 3 sudu besar sos cili.
  6. 2 sudu besar sos tiram.
  7. Garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan no. 3 diatas didalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati. Pastikan kiub ayam tu hancur ya.
  2. Panaskan minyak sikit kemudian masukkan bahan no.3 dan masak sampai jadi scramble eggs gitu. Bila dah siap, ketepikan biar sejuk.
  3. Seterusnya panaskan minyak masukkan bahan-bahan no.2 yang dah di blender tadi. Masak sehingga naik bau ye. Jangan lupa masukkan garam/perasa. Kemudian masukkan bahan no.4 dan kacau hingga sebati. Masak sampai pecah minyak.
  4. Sementara tunggu cili masak, sumbat scramble eggs tadi dalam sotong sumbat sehingga padat jangan ade ruang nanti rugi. Selepas tu letak kepala sotong dan cucuk dengan lidi kecil (lidi cungkil gigi yang belum guna la) supaya telur tadi tu tak keluar.
  5. Bila cili dah masak/pecah minyak masukkan bahan no.5 dan 6 kemudian kacau sampai sebati. Dah kacau rasa dulu mana tau ade kurang rasa ke boleh la tambah gula, garam/perasa. Bila dah sesuai dengan tekak baru ok kan.
  6. Dan akhir sekali masukkan bahan no.1 jangan kerap kacau takut kepala sotong tercabut nanti telur terkeluar dah tak jadi sumbatnya. Bila dah yakin sotong tu masak boleh padamkan api.
Baca juga :  Resepi Sotong Phat Phet Thailand. Lengkap dengan kesedapan masam, manis pedas dalam setiap suapan.

Dah Siap dah sotong sumbat masak merah kita. Sedappp wei mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Selamat menyumbat dan memasak ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.