Sarapan apa tu? Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Paratha inti ketam yang sangat mudah. Hanya dua bahan sahaja yang diperlukan.
Terima kasih kepada Puan Iryani Zaki kerana berkongsi resepi mudah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Royale Paratha . Takk kisah jenama apa. Saya guna jenama Fatihah.
- Ketam fileman mengikut berapa banyak yang anda nak buat.
- Kuning telur.
- Cheese secukupnya.
Cara membuatnya sangat mudah:
- Potong paratha mengikut bentuk yang anda nak. Kemudian, gulungkan pada isi ketam.
- Kemudian oleskan telur kuning dan taburkan cheese diatasnya.
- Bakar dalam Air Fryer menggunakan suhu 180 darjah selama lebih kurang 7 hingga 10 minit.
Isi Ketam ni begitu lembut selepas dibakar. Paratha pula lembut didalam, ranggup di luar. Colek pula dengan sos cili. Perghh memang sedap. Selamat mencuba.