Cara untuk membuat Ikan Bakar Percik yang akan membangkitkan selera anda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Ikan Bakar Percik yang akan membangkitkan selera anda. Selalu bakar ikan biasa je kan, hari ini jom buat ikan percik. Cara nak buat mudah sangat.

Terima kasih kepada Puan Hana A Razak kerana berkongsi resepi sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 ekor ikan kembung.
  • 3 biji bawang merah.
  • 2 biji bawang putih.
  • 1 batang serai.
  • 1/2 inci halia.
  • 3 sudu cili kisar.
  • Air asam jawa.
  • Gula dan Garam secukup rasa.
  • 3 sudu santan pekat.
  • Sedikit Belacan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh ikan bersih-bersih, sapu garam sikit dari kepala sampai ekor kemudian panaskan pan dan bakar ikan kembung kita tadi sampai masak. Lepas balikkan ikan sampai 2 belah ikan anda garing. Lagi garing lagi sedap.
  2. Kemudian kisarkan bahan kisar iaitu Bawang merah, Bawang putih, Serai, Halia (sepatutnya lengkuas) dan belacan. Saya guna halia sebab saya takde lengkuas. Kalau ada lengkuas anda boleh guna ya ganti halia.
  3. Masukkan minyak untuk kita tumiskan bahan kisar tadi dan tumis sampai naik bau dah sedikit kering.
  4. Kemudian masukkan sedikit air dekat blender tu. Kocak-kocak dalam blender tu. Jangan bazir dan masak lagi dengan bahan tumisan dan terus masukkan cili kisar 3 sudu atau mengikut tahap kepedasan yang anda sukai.
  5. Bila sambal tumisan kita tadi dah naik minyak, masukkan pula air asam jawa secukup rasa.
  6. Masukkan santan, santan ni korang adjust lah. nak pekat ke cair ke terpulang. Lepas tu masukkan garam dan gula perang sedikit. Garam tu jangan banyak sangat sebab ikan tadi dah bergaram.
  7. Agak-agak bila kuah dah masak serta cukup rasa baru masukkan ikan yang kita bakar tadi. Gaul bagi rata. Mandikan ikan biar semua sambal percik sekata atas ikan tu.
  8. Akhir sekali, panggang semula atas pan tadi. Kejap je dalam 5 minit kedua-dua belah. Tutup api dan sedia dihidang. Selamat memasak.
Baca juga :  Resepi Kerabu Pucuk Paku Kerang Taugeh. Kerangupan dan kesedapan dalam setiap suapan.

Sedap weh, makan jadi bertambah tambah. Ni dah tutup api dan letak lebihan kuah atas ikan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.