Resepi untuk buat Kicap Char Kuey Teow

Char Kuey Teow ni kalau nak masak benda yang paling utama perlu ada mestilah Kicap / Sos Char Kuey Teow dia. Sebab tu kalau kita suka makan CKT ni mesti rasa setiap kedai yang menjual berlainan. Dan ini disebabkan oleh ramuan kicap tersebut. Jadi kali ni kami nak kongsikan cara bagaimana untuk menyediakan kicap CKT ni.

Sumber gambar adalah hasil daripada carian Google

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah.

  • 25 ekor udang cuci bersih, cabut kepala dan kopek kulit separuh. Isi udang boleh simpan untuk kegunaan nanti, kita nak gunakan kepala dan kulit udang tadi sahaja dan rebuskannya dengan secawan air sehingga mendidih.

Apabila sudah sejuk, Kisar bahan rebusan tadi termasuk airnya sehingga halus seterusnya ditapis untuk menjadikanya air stok udang.

  • 6 ulas bawang putih dikisar bersama stok udang tadi.
  • 3 sudu besar sos tiram.
  • 3 sudu besar kicap manis.
  • 2 sudu kicap cair.
  • 1 sudu kicap pekat.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 sudu kecil gula.
  • 2 sudu kecil maggi cukup rasa.
Baca juga :  Cara membuat dan Resepi Ipoh Hor Fun Soup

Cara menyediakannya pula adalah seperti berikut:

  • Kacau rata semua bahan di dalam periuk dan renihkan di atas api yang kecil lebih kurang 20 hingga 30minit sehingga sos menjadi pekat. Apabila sos tersebut dah sejuk boleh masukkan ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Jadi, bila anda nak mengoreng Char Kuey Teow, ketuk sebiji bawang putih, 3 biji cili padi, 1 sudu cili boh kemudian tumis semuanya dan masukkan 1 – 2  sudu sos kicap tadi untuk sepinggan sekali goreng.
  • Letaklah udang atau kerang , tambah sedikit air sikit untuk jadikan sebagai kuah.
  • Kemudian masukkan kuey teow, letak sedikit taugeh, daun kucai dan pecahkan sebiji telur. Kacau sehingga masak dan tutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untum membuat Udang Masak Merah Madu. Menu yang sangat lazat untuk anda sekeluarga.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Erni Hasniza Ahmad Zaini melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.