Cara dan resepi lengkap untuk membuat Ayam Masak Kalio, Masakan minang tersedap.

Cara dan resepi lengkap untuk membuat Ayam Masak Kalio. Ayam masak kalio ini adalah hidangan masakan tradisi orang Minang. Bahan pun senang dan simple je. Bagi saya ianya secukup rasa semuanya. Apa-apa pun memang best dan sedap.

Terima kasih kepada Shiela D’Dapoq kerana berkongsi resepi yang sangat sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ayam dipotong 18 bahagian.
  • 200 ml santan pekat.
  • Sedikit air atau santan cair.
  • Sedikit minyak untuk menumis.
  • Jus limau nipis.
  • Daun salam, Daun kunyit dan Daun limau purut secukupnya.
  • Garam secukup rasa.

Bahan-bahan kisar:

  • 10 tangkai cili merah.
  • 10 tangkai cili padi merah.
  • 7 ulas bawang merah.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 3 batang serai.
  • 2 – 3 hiris lengkuas.
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar.
  • 1 -2 biji buah keras.

Nota: Biji ketumbar tu disangai terlebih dahulu baru dikisar kering untuk dapatkan serbuk ketumbar. Lebih wangi dan sedap cara ini.

Baca juga :  Kacang Goreng Pedas guna 4 bahan sahaja. Kudapan raya yang laku keras!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga hingga garing dan naik bau. Letak sedikit garam dulu.
  2. Masukkan ayam untuk dikecutkan. Bila dah kecut atau kering air ayam tu baru masukkan santan cair atau sedikit air. Masak seketika dan masukkan pula santan pekat.
  3. Siat-siatkan daun daunan yang dah kita sediakan dan masukkan dalam periuk. Biarkan mendidih seketika dan masak hingga ayam betul masak.
  4. Kepekatan kuah boleh ikut citarasa masing-masing. Kalau suka pekat masak lama sikit.
  5. Perisakan dengan garam secukup rasa dan akhir sekali perahkan jus limau nipis. jangan perah awal-awal nanti kuah jadi pahit. Walau masak apapun, jus limau kena masuk perah last sekali.

Pesanan: Kalau tak tahan perut, lengkuas tu just masukkan hirisan dalam kuah selepas masuk santan. Tak perlu kisarkan dengan bahan kisar lain. Okay selamat mencuba! Sangat sedap dimakan bersama nasi atau nasi impit.

Baca juga :  Resepi Kerabu Suhun penambah selera anda sekeluarga!
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.