Cara untuk membuat Kuih Jongkong. Kuih Tradisi yang semakin sukar untuk dicari.

Kami kongsikan kepada anda untuk membuat Kuih Jongkong. Kuih Tradisi yang semakin sukar untuk dicari. Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Marina Ismail;

Kuih Jongkong ni kuih tradisional lama. Kuih ni susah nak jumpa. Jarang sangat orang jual atau buat. Boleh kategorikan kuih yang makin pupus la kiranya.

Kuih tradisional lama ni memang lain macam sedap dia. Terasa lemak manisnya dengan gula yang mencair dan lembut bila kita makan. Pendek kata memang sedap yakmat la kuih jongkong ni. Hairan jugak kenapa kuih ni susah nak dapat. Mungkin agaknya susah nak dapat daun pisang sekarang yang membuatkan kuih moden lebih mendapat tempat.

Bahan-bahan Kuih:

  • 150 gm tepung beras.
  • 70 gm tepung ubi kayu.
  • 500 ml santan cair.
  • 150 ml air daun pandan.
  • 3 sudu besar gula pasir.
  • 1/2 sudu teh garam.
  • 1 sudu kecil air kapur.Bahan-bahan Inti:
  • 150 gm gula Melaka di dadu kecil atau di racik halus.
  • 200 ml pati santan.

Bahan untuk membungkus:

  • Daun pisang secukupnya dan di cuci bersih, lap kering dan layurkan di atas api. Daun pisang di potong 20 X 24 cm persegi.
  • Lidi kecil atau pencungkil gigi kayu yang bersih.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kentang Goreng Ikan Bilis. Kesedapan dalam setiap suapan!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang kecil sambil sentiasa kacau hingga adunan pekat dan kental. Biar adunan sejuk atau suam sekejap.
  2. Ambil sekeping daun pisang yang dah di layur dan dah di potong ikut saiz.
  3. Letakkan sikit adunan tepung atas daun pisang dan leperkan sedikit. Kemudian letakkan inti gula Melaka yang dah di racik di atas adunan tepung tadi. Tutup pulak dengan santan pekat.
  4. Lepas tu bungkus. Lipat dua dulu. Kemudian kelepetkan bahagian tepinya. Kelepetkan lebihan ke tengah ya.
  5. Buat untuk kedua-dua belah dengan kaedah yang sama. Kemudian ambil sekeping lagi daun yang di potong 2 inci lebar. Letakkan pada bahagian tengah.
  6. Kemaskan. Semat lidi pada daun. Lebihan daun pada hujung bungkusan itu di potong kemas.
  7. Siap panaskan air dalam kukusan hingga mendidih. Susun kuih dan kukus lebih kurag 25 hingga 30 minit. Angkat dan hidangkan.
Baca juga :  Resepi lengkap dan sedap untuk membuat Mee Sizzling. Pasti puas hati!

Kuih ni dapat dalam 6 hingga 7 bungkus saja. Jadi kalau rasa suka kuih yang jenis macam ni buat lebih sikit eyh sebab takut tak cukup nanti. Selamat mencuba semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.