Gitulah seadanya. Teringat air tangan mak bubuh daun kunyit dalam masak lemak udang. Ringkas dan mudah tapi sangat sedap. Dah masak ke tu kawan-kawan semua.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Julia Aleen Aireish. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 15 ekor udang saiz besar dibersihkan.
- 1 kotak santan.
- 1 batang serai diketuk.
- 10 biji cili api.
- 2 biji bawang merah dihiris halus.
- 2 ulas bawang putih dihiris halus.
- 1 helai daun kunyit dihiris halus atau dicarik sahaja.
- 1 keping asam gelugor.
- Sedikit serbuk kunyit.
- Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan sedikit minyak tumis serai, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih tumis hingga naik bau dan layu.
- Tuang santan, jika pekat tambah air ikut citarasa, letak asam keping, serbuk kunyit, daun kunyit dan kacau. Kemudian masukkan garam dan gula jika perlu secukup rasa.
- Letak udang masak hingga santan mendidih, pastikan sentiasa kacau supaya kuah santan tak pecah minyak. Siap, sedia untuk dihidang.
Nota tambahan:
Boleh aje kalau nak tumbuk bawang merah & bawang putih bersama dengan cili. Nak letak kacang panjang atau kacang buncis silakan. Jadi jomlah buat.