Resepi Ikan Siakap goreng dengan Kicap Cair bersama Halia. Sedapnya memang tak terkata!

Rasa menu ni light and very refreshing. Nak pedas boleh gigit cili padi tu. Kata pemilik resepi ini iaitu Puan Marina Ismail:

Nak guna ikan lain pun boleh. Contohnya kerapu, bawal ataupun ikan kod. Masa kat Hatyai, kedai tu buat guna ikan kod. MasyaAllah sedap betul. Cumanya ikan kod ni mahal sikit. Tapi sekali sekala apa salahnya kan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ikan siakap.
  • ΒΌ cawan light soy sauce.
  • 3 inci halia (hiris sederhana & hiris lagi seperti batang mancis).
  • 1 sudu teh brown sugar.
  • Daun bawang (Bahagian pangkal, potong lebih kurang 1.5 inci).
  • Daun bawang (Bahagian atas, hiris untuk hiasan).
  • Timun (Hiris tipis. Guna peeler lebih mudah).
  • Cili padi.
  • Minyak bijan.
  • Sedikit Air Panas dan Sedikit Garam.

Cara untuk memasak resepi ini:

  1. Hiris halia, tidak terlalu nipis, hiris lagi hingga jadi macam batang mancis, lepas tu goreng sekejap dan ketepikan.
  2. Lumurkan Ikan dengan garam dan goreng hingga garing.
  3. Gunakan minyak yang sama untuk goreng ikan.
  4. Goreng ikan hingga garing, dah masak angkat dan ketepikan.
  5. Keluarkan sedikit minyak dari kuali dan masukkan ke dalam kuali lain.
  6. Masukkan bancuhan light soy sauce, minyak bijan, brown sugar, air panas, daun bawang dan cili padi. Masak dan biarkan mendidih sekejap.
  7. Curahkan sos atas ikan, taburkan daun bawang yang curly tadi dan dan halia goreng atas ikan. Settle! Dah siap hidangan 5 bintang kat rumah kita sendiri. Bestkan!
Baca juga :  Cara untuk membuat Kacang Sambal Ikan Bilis. Kudapan yang padu dan mengasyikkan.

Tips buat hiasan daun bawang:

Mungkin ramai yang dah tau. Tapi kak M just tulis untuk adik-adik yang baru cuba memasak ya. Nak buat hiasan daun bawang tu supaya curly mudah saja. Setelah potong dalam 1 inci, belahkan lagi halus-halus guna pisau yang tajam. Rendam dalam air ais selama 4-5 minit. Angkat toskan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.