Tauhu lembut atau lebih popular dipanggil tauhu telur. Kita buat sendiri je. Mudah dan diyakini kesedapanya nanti. Hanya guna 3 bahan sahaja. Selamat mencuba. Terima kasih kepada Puan Nooramin Munirah Asgnari.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 5 biji telur ayam.
- 2 sudu tepung jagung.
- Air soya 150 ml.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Campur semua bahan kemudian kisarkan secara perlahan.
- Lepas kisar tu kita tapiskan pula dan hasil selepas tapi tu kita masukkan dalam acuan untuk dikukus.
- Kukuskan selama lebih kurang 25 minit. Bila dah siap kukus, kita sejukan sebentar. Bila dah sejuk baru keluarkan dari acuan dia.
- Kemudian kita potong-potongkan kemudian celup dalam telur dan gorengkan sehingga warna bertukar keperangan. Jangan selalu balik-balikkan nanti pecah.
- Siap untuk dihidangkan bersama menu pilihan anda. Buat sup pun sedap.
Selamat mencuba.