Cara untuk membuat Kek Pandan Unicorn berwarna-warni. Bau kek ni bila masak memang membuka selera terus.

Resepi Kek Pandan Unicorn ini telah dikongsikan oleh Puan Julia Aleen Aireish. Terima kasih, Kata beliau.

Terbaiklah santan S&P yang baru ni, sangat menyenangkan dan memudahkan kerja ku bila di dapur. Dah cuba ke dua-dua jenis santan ni. Dua-duanya saya suka, tidak mengecewakan, hasil masakan ku di dapur tak kira baking kek, kuih-muih, masakan lauk pauk semuanya sedap. Santan label hijau tu betul-betul buat saya jatuh hati, bila resipi kek ni perlukan santan & pandan terus aje ambil kotak yang tertera pandan tu. Asli betul bau pandannya, lembut sangat baunya, kek saya jadi wangi sangat.

Bahan-bahan A:

  • 5 biji kuning telur sahaja size A.
  • 1 biji telur ayam.
  • 80 ml santan S&P PANDAN.
  • 40 ml minyak sayur.
  • 85 gm tepung gandum.

Bahan-bahan B:

  • 5 biji putih telur sahaja.
  • 1/4 tsp garam.
  • 1/4 tsp perahan lemon.
  • 95 gm gula kastor.

Bahan-bahan C:

  • Pewarna makanan.
  • 1/8 tsp warna ungu.
  • 1/8 tsp warna biru.
  • 1/8 tsp warna pink.
  • 1/8 tsp warna kuning.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bahan A, 5 biji kuning telur ditambah dengan 1 biji lagi telur dikacau sebati guna whisk, kemudian letak minyak sayur dan santan S&P Pandan sebatikan. Kemudian, masukkan tepung whisk hingga halus dan licin tidak berketul, ketepikan.
  2. Bahan B, ambil putih telur, pukul berbuih sebentar kemudian masukkan perahan lemon dan garam halus, terus pukul lagi.
  3. Masukkan gula kastor secara berperingkat, buat 3 peringkat sambil masukkan gula putar hingga gula habis dan dapat hasil meringue soft peak, bertanduk.
  4. Masukkan dua senduk meringue ke dalam adunan A tadi kaup balik perlahan hingga sebati. Kemudian tuangkan pula ke dalam lebihan meringue kaup balikkan adunan hingga sebati juga. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian sama banyak, letak pewarna makanan sebatikan.
  5. Sediakan loyang saiz 8 inci dan dilapik dengan baking paper melebihi dari paras loyang, sudukan adunan secara random dan hentakkan loyang.
  6. Sediakan loyang lebih besar dan letak sedikit air panas lebih kurang tinggi 1 cm, baru letakkan loyang kek. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu, bakar suhu 160 darjah selama 1 jam. Bergantung oven masing-masing.
  7. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari loyang (angkat kertas lapik tu) dan buka/tarik kertas baking pada kek. Apabila Kek dah sejuk bolehlah dipotong dan dinikmati.
Baca juga :  Cara mudah dan lengkap untuk membuat Doh Roti Canai. Pasti menjadi punya!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.