Cara untuk membuat Ikan Patin Masak Tempoyak. Resepi terbaik untuk anda dan keluarga.

Resepi dan cara untuk membuat Ikan Patin Masak Tempoyak. Resepi terbaik untuk anda dan keluarga. Bagi yang memang sukakan tempoyak. Anda mesti cuba resepi ini. Terima kasih kepada Nisa Cheeszif HQ untuk resepi terbaik yang dikongsikan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan patin segar.
  • Tempoyak ikut suka. Lagi banyak lagi sedap.
  • Cili padi 15 biji.
  • Kunyit hidup seinchi.
  • Daun Kesum dan Bungan Kantan secukupnya.
  • Air secukupnya.
  • Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.



Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk. Tumbuk cili dan kunyit.
  2. Setelah kedua-dua bahan lumat, bubuh tempoyak. Gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. Kalau mahu kuah pekat bubuh tempoyak lebih banyak.
  3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masukkan air dan masak sampai menggelegak.
  4. Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.
  5. Masukkan garam dan aji sebagai perasa. Masak seketika sehingga anda puas hati dengan rasanya dan ikan masak elok.
Baca juga :  Resepi Gulai Darat Tulang Lembu yang pekat dan sedap

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.