
Jom Cuba Masak Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak. Terima kasih kepada ASH (Foodhunter) kerana berkongsi resepi yang sangat sedap ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Butter 2 sudu besar.
 - Daun Kari 10 helai / setangkai.
 - Cili Padi 5 biji dicincang.
 - Bawang Putih 3 ulas dicincang.
 - Susu Cair 1 atau 2 cawan.
 - Tepung Jagung letak sikit kemudian kacau tengok pekat kuah.
 - Serbuk kunyit satu cubit.
 - Udang/sotong secukupnya.
 

Cara-cara untuk membuatnya:
- Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
 - Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
 - Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
 - Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
 

Selamat mencuba ya semua. Semoga dipermudahkan segala urusan memasak mak-mak sekalian.