Cara untuk membuat Kuih Lagenda iaitu Kuih Talam Berlauk yang sangat sedap.

Talam berlauk Petang-petang hujan ni lapar. Jadi kita buat Kuih Talam berlauk ni untuk isi masa lapang minum petang kejap lagi. Ini adalah resepi yang telah dipermudahkan oleh Puan Aezween Rainoe. Terima kasih. Kata beliau;

Tips untuk dapatkan kuih talam berlauk daging sedap adalah wajib guna kuali legend ala kuali permaisuri macam saya ni. hehe!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk inti:

  • Daging cincang secukupnya.
  • 1 labu bawang merah dihiris.
  • 2 ulas bawang putih dihiris.
  • 1 sudu penuh serbuk kari.
  • Daun bawang dan Daun sup.
  • Cili hidup merah.
  • Gula, garam dan perasa secukupnya.

Bahan-bahan untuk bahagian Talam:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu tepung jagung.
  • 2 biji telur ayam.
  • 1 kotak kecil santan.
  • 4 cawan air.

Cara-cara untuk membuat inti berlauk:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.
  2. Masukkan sesudu air dan masukkan daging cincang, garam, gula dan perasa secukupnya. Masak menggunakan api sederhana sehingga air daging kering. Akhir sekali masuk daun bawang dan cili merah. Siap dan ketepikan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kacang Sambal Ikan Bilis. Kudapan yang padu dan mengasyikkan.

Cara untuk membuat bahagian talam hingga siap:

  1. Kisarkan kesemua bahan talam. Kemudian masak sekejap atas dapur menggunakan api kecil selama lebih kurang 3 hingga 5 minit.
  2. Panaskan kukus dan lenserkan / sapukan loyang dengan sedikit minyak. Tuangkan bahan kisar tadi dan kukus selama lebih kurang 30 minit.
  3. Kemudian carik-carikkan sedikit permukaan talam dengan garpu dan taburkan inti berlauk tadi bersama daun sup atau bawang, cili merah dan bawang goreng.
  4. Akhir sekali kukus selama lebih kurangĀ  5 minit tanpa penutup kukus. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong dan dimakan bersama keluarga.

Selamat mencuba.

 

Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Buah Rotan / Bijan sebagai kuih raya anda tahun ni.

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.