Resepi Kerepek Gunting yang sangat mudah untuk dibuat.

Hai sahabat semua. Masak apa petang ni? Atau belum ada plan nak masak apa lagi tu? hehe nak kami kongsikan kepada anda untuk membuat kerepek gunting yang simple dan mudah untuk dibuat. Guna bahan-bahan yang ada didapur sahaja.

Malas nak keluar sangat membeli dengan keadaan cuaca yang panas dan covid sekarang ni. Kalau nak cuba buat. boleh la cuba resepi saya ni ye. Terima kasih Fatin Damia.

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gm tepung gandum.
  • 3 senduk sayur minyak panas.
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan.
  • 2 sudu makan serbuk cili. Boleh digantikan dengan cili kering yang dimesin dengan bawang merah dan bawang putih jika suka.
  • Secubit garam.
  • Air sejuk ais secukupnya. Untuk menguli doh dan menjadikan kerepek bertambah rangup.
  • Daun kari secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau. Kuih Tradisi yang padu!

Cara untuk membuat dan menyediakannya:

  1. Campurkan tepung gandum, garam, serbuk kari, serbuk cili dan tuang minyak panas ke dalamnya. Gaul hingga sebati.
  2. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli doh sampai tak melekat di jari. Masukkan juga daun kari yang dihiris nipis-nipis ke dalam adunan.
  3. Rehatkan doh selama lebih kurang 10 minit dan selepas itu canaikan doh nipis-nipis dan potong memanjang dan lebarnya mengikut kesukaan anda. Lagi nipis lagi garing.
  4. Goreng dalam api kecil sederhana sampai masak. Boleh masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan lagi bau wangi kerepek gunting.

Tips untuk mendapatkan kerepek yang cantik dan kurang menggerutu, gunakan api kecil sederhana dan sentiasa kaup balikkan kerepek semasa menggoreng. Selamat Mencuba.

Baca juga :  Cara membuat Putu Bambu sendiri di rumah. Senang je rupanya nak membuatnya!

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.