Rendang ayam memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Nak-nak bila ada musim perayaan ataupun kenduri kendara pasti ada menu ni. Kami nak kongsikan kepada anda resepi yang diberikan oleh Zaky Mat Ali.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 ekor ayam.
- 2 cawan santan.
- 2 sudu kerisik.
- 2 asam keping.
- 1 helai daun kunyit diracik halus.
- 3 helai daun limau purut dihiris kasar.
- Minyak untuk menumis.
- Garam & gula secukup rasa.
Bahan-bahan yang perlu dikisar:
- 20 biji cili kering.
- 2 biji bawang besar.
- 4 biji bawang merah.
- 9 ulas bawang putih.
- 4 batang serai.
- 3 inci kunyit hidup.
- 3 inci halia.
- 3 inci lengkuas.
Cara-cara untuk memasak:
- Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Kemudian, masukkan santan dan ayam. Gaul rata kesemuanya.
- Masukkan pula kerisik dan kacau rata. Selepas tu baru masukkan garamĀ dan gula. Seimbangkan rasa supaya tidak terlalu manis atau terlalu masin.
- Bila kuah dah menjadi agak pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
- Gaul rata hingga semua sebati dan masak sehingga sedap mata memandang. Ada yang suka rendangnya basah-basah berkuah dan ada yang suka rendangnya kering.
- Bila dah siap tutup api dah boleh dihidangkan. Selamat mencuba.
One thought on “Resepi dan cara untuk membuat Rendang Ayam paling sedap untuk anda.”
Comments are closed.