Resepi Dadih Susu yang sangat mudah untuk dibuat. Pastinya berbaloi

Jom la kita semua buat resepi yang sangat menyegarkan ni. Sedap sudah semestinya dan murah je kos nak buat. Terima kasih Puan Niswah Hasina dan Novelis Afieyza Isahak.

Dah lama viral, baru nak cuba. Sungguh, sangat-sangat sedap rupanya! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 liter susu kotak.
  • 20 gram agar-agar tali. Guna 1/3 sahaja.
  • Gula mengikut kemanisan yang dikehendaki.
  • Secubit garam.
  • 1 liter air untuk masak agar-agar.
Baca juga :  Jangung Manis ni pastinya mempunyai ramai peggemarnya. Susu lebih sikit baru sedap! Jom cuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
  2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api atau tunggu mendidih sikit baru tutup api.
  3. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
  4. Siap untuk dijamah.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.