Cara membuat Pau Goreng / Paung Goreng Terengganu berintikan isi ikan yang sedap!

Kami kongsikan kepada anda kuih yang sangat popular di pantai timur terutamanya di Negeri Terengganu iaitu Roti Paung Ikan atau Paung Ikan. Memang sedap tau. Bagi yang pernah rasa mesti teringin nak makan lagi. So cubalah resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Fatin Damia ini ya. Kata beliau;

Orang Terengganu mesti suka kuih ni kan. Ni antara Kuih lama orang Terengganu. Roti Paung Goreng Inti Ikan. Ada juga yang sebut Paung Goreng. Ini resepi nya ye kalau nak cuba buat.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kulit:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 cawan tepung pulut.
  • 1/2 cawan kelapa parut putih.
  • Secubit garam.
  • Air secukupnya. Air letak sikit-sikit dan uli sampai doh tak letak dekat jari.

Bahan-bahan untuk Inti:

  • 6 ekor isi Ikan Temenung / Selayang yang telah siap direbus.
  • 1 cawan santan pekat.
  • 1 inci halia dihiris halus atau diparut.
  • 3 biji bawang merah dihiris halus.
  • 2 biji bawang putih dihiris halus.
  • 1 sudu kecil halba.
  • 1/2 sudu kecil lada hitam tumbuk kasar.
  • Garam dan Gula secukup rasa.
Baca juga :  Resepi Boko Ubi Kayu yang sedap meleleh

Cara memasak dan menyediakannya adalah:

  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut, garam dan sedikit air. Uli semua bahan sampai menjadi doh.
  2. Masak santan bersama isi ikan, bawang merah, bawang putih, halia dan juga lada hitam. Masukkan garam dan gula dan masak semuanya sampai agak kering sedikit.
  3. Setelah bahan inti sejuk, bulat bulatkan doh dan leperkan. Letak inti tadi dan tutup semula doh macam bola.
  4. Goreng guna api kecil sederhana sampai masak.

Sedikit tips untuk menggoreng tanpa bagi meletup. Masa bulat-bulatkan kuih tu letak sikit minyak dekat tapak tangan. Masa menggoreng tu jangan biar minyak dikuali lama sangat. Nanti bila masuk kuih, kuih terkejut. Itu yang buat dia meletup. Selamat Mencuba ye.

Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur Garing Rangup berserta Tips. Menu sarapan dan minum petang yang sempurna
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.