Resepi Chicken Grill yang Juicy dan sedap

Meh akak tempek resipi. Mudah dan cepat. rasa juicy gitu. Yang ni resipi berbeza bahan – bahan pun lain. Selamat mencuba ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Merpati Putih. Terima kasih.

Bahan – bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam / daging (ikut citarasa).
  • Sos Lada Hitam Kimball (Dalam pack senang dan jimat).
  • Serbuk Rosemary herbs.
  • Serbuk tyhme herbs.
  • Serbuk lada hitam.
  • Garam.
  • Gula ( kena lebih ).
  • Campur air panas / air suam sikit je.

Cara untuk membuatnya:

  1. First sekali kena la basuh ayam / daging tu bersih-bersih. Selawat semua Hehehe.
  2. Pastu ambik sos lada hitam kimball tu buh dalam bekas. Kalau pekat tambah air panas atau suam.
  3. Lepas tu kacau bagi sebati masuk perasa iaitu garam, serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam dan juga gula. Gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging tu.
  4. Pastuh kacau la sampai dah sebati semua baru masukan ayam / daging. Perap semalam kalau nak sedap.
  5. Then bakar la dalam oven ke air fryer ke. Kalau rajin tu p la bakar kat luar buat bara api tu.
  6. Suhu guna air fryer 200°c selama 17 minit.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Cili Hijau bersama Petai Rangup. Hidangan pasti licin!

Dah masak tu ikut suka la nak makan dengan apa pun. Selamat mencuba.

3 thoughts on “Resepi Chicken Grill yang Juicy dan sedap

    1. meamng kita ada letak kredit kepada pemilik asal resepi tersebut.

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.