Cara membuat Kuih Sagu Merah

Kami kongsikan menu untuk makan petang iaitu Kuih Sagu Merah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan sagu.
  • ½ cawan gula.
  • Sedikit air.
  • Daun pandan.
  • Pewarna merah.
  • Kelapa parut putih.

Cara untuk membuatnya:

  1. Basuh sagu dan toskan airnya sekejap.
  2. Masukkan semua bahan dalam periuk, sekali dengan sagu. Air agak-agak macam kita nak masak nasik je. Buka api perlahan dan kacau sampai likat. Kalau ada putih-putih lagi jangan risau sebab nak kukus. Tutup api.
  3. Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
  4. Tuang sagu ke dalam loyang atau acuan. Kalau guna acuan sapu minyak sikit.
  5. Kukus sampai sagu masak. Bila dah masak boleh digolekkan dalam kelapa parut putih.
  6. Siap untuk dimakan.
Baca juga :  Resepi Kuih Lapis Kacang Hijau. Kuih lagenda orang lama ni!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.