Siapa suka makan Texas Chicken punya Honey Butter Biscuit ni? Dia macam scone tapi yang ni lebih sedap sebab honey dan butter meresap sekali dalam nya. Jom tengok cara-cara untuk membuatnya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 1/2 cawan tepung gandum.
- 4 sudu kecil baking powder.
- Gula 2 sudu besar (manis ikut suka).
- butter yang sejuk (115gm / setengah buku).
* gaul semua bahan di atas sampai jadi bread crumbs*
Cara untuk menyediakannya:
- Masukan 140gm fresh milk & cuka 2 sudu kecil.
- Masukkan dalam loyang hanya pakai sudu/scop sahaja dan tak perlu bentuk.
- Bakar pada Suhu 180/15 minit.
- Selepas masak, topping atas sapukan butter & honey semasa ianya masih panas ya.
Siap! Dah boleh makan dan yang pastinya boleh berjimat dari segi masa dan juga wang.
*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Mellisa Mullen melalui Facebook Resepi Air Fryer [Malaysia].