Resepi apam gula merah ni sedap tau. Siapa yang suka meh la kita cuba buatnya sendiri. Kami kongsikan resepi yang telah diberikan oleh Puan Rosnah Harun. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 3 cawan tepung gandum.
- 2 cawan air.
- 1 cawan gula merah.
- 3 sudu besar gula.
- 1 sudu teh garam.
- 1 paket yis.
Cara untuk membuatnya:
- Masak gula merah dengan 2 cawan air. Sejukkan dan tapis.
- Masukkan tepung, gula, garam dalam mangkuk. Tuang gula merah dan yis. Kacau rata tutup mangkuk dan perap 1 jam.
- Acuan sapu minyak dan panaskan pengukus.
- Tuang dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
Siap dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
3 cawan tepung gandum 3cawan tu cawan brp banyak ( kuatiti)
cawan kopi