Resepi Ikan Tilapia Bakar bersama Sambal perap yang sangat sedap.


Sedap sangat ikan bakar sambal petai kat Ana ikan bakar. Nak pergi jauh. Hehe meh Kita buat boleh makan ramai-ramai dengan family.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Iryani Zaki.  Terima kasih.

Bahan- bahan yang diperlukan adalah:

  • 15 tangkai lada kering atau segenggam*.
  • 1 labu bawang besar Holland*.
  • 5 ulas bawang merah*.
  • 5 ulas bawang putih*.
  • 1 1/2 inci halia*.
  • 1 inci lengkuas*.
  • 2 batang Serai*.
  • Setengah gula melaka.
  • Asam jawa.
  • Gula.
  • Garam.

Cara- Cara untuk membuatnya:

  1. Blend semua bahan bertanda *.
  2. Bersihkan ikan dan Gaul dengan garam.
  3. Bakar ikan separuh masak untuk buang air lebihan.
  4. Panaskan kuali,tumis bahan yang dah di blend sehingga garing.
  5. Bila dah kering masukkan air secawan Dan ulang balik proses sehingga 3 kali.
  6. Masukkan Garam+ asam jawa+ gula melaka +gula pasir . Perasakan mengikut citarasa.
  7. Dah kering, bakar ikan bersama sambal dalam 5 hingga 7 minit je.
  8. Dah siap angkat dan makan dengan nasi panas.
Baca juga :  Dengan 3 bahan sahaja anda mampu untuk membuat Ayam Goreng sesedap KFC!

sedap ni makan ramai- ramai. Selamat mencuba ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.