Menu makan malam. Ada peminat keladi tak? Masakkan ori nismilan. Sayur keladi masak lemak cili api campur tempoyak. Saya dibesarkan dengan lauk-lauk kampung. Lauk-lauk begini mengundang kerinduan kat arwah mak. Resepi dibawah jika ingin memcuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha. Terima kasih.
Bahan yang digunakan adalah seperti berikut:
- Keladi. Bersihkan kemudian potong cuci & rebus seketika. Bila dah empuk tos ketepikan.
 - Cili api, kunyit hidupĀ ditumbuk.
 - Ikan bilis & tempoyak.
 - 1 biji setengah kelapa parut. Perah ambil pati sahaja, pastikan guna kelapa tua ye.
 - Asam keping.
 

Cara untuk membuatnya:
- Sediakan kuali, masukkan santan, ikan bilis & cili. Masak dengan api sederhana.
 - Setelah mendidih masukkan tempoyak. Agak-agak kuah hampir pekat masukkan sayur keladi & asam keping.
 - Pastikan garam secukup rasa, sentiasa dikacau ye.
 - Dalam beberapa minit kemudian padamkan api. Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.
 
