Ikan pekasam ini memang menyelerakan. Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas-panas, ikan pekasam pula dogoreng garing, memang menambah betul hidangan nasi. Tak perlu dah lauk lain.
Macam mana nak buat ikan pekasam? Mudah sahajalah. Ikut step di bawah.
- Bersihkan ikan yang mahu digunakan, buang najis untuk elak dihurung lalat dan kebersihan.
- Peramkan ikan dengan garam semalaman di dalam peti ais. Anggaran 1kg ikan = 100g garam.
- Sanga (goreng tanpa minyak) beras dan tumbuk secara sederhana sebelum digaulkan dengan ikan.
- Di setiap susunan ikan dalam bekas bertutup, letakkan asam keping (pilihan) sekitar satu ke dua keping.
- Masukkan air garam yang sudah sejuk (dimasak terlebih dahulu) sehingga ikan terendam.
- Tuang lebihan beras ke atas ikan sebelum bekas ditutup. Tunggu sehari ke dua hari sebelum boleh digoreng. Nak lagi sedap, tunggu dua ke tiga minggu.
Baca juga : Resepi Pecal Ikan Kembung yang sangat enak. Kesedapan kuahnya pasti memukau selera anda!
Cuba buat sendiri. Mana tahu kalau menjadi boleh berniaga pula.
Tips: Nak lagi sedap, gunakan ikan air tawar.
Sumber: Wanista